

INOVASI JALUR LEBAR –
GAYA HIDUP DIGITAL MALAYSIA



PerTaNian
Dahulu kala segala proses adalah manual dan agak mengambil masa dalam melakukan sesuatu proses yang dikehendaki, tetapi kini banyak perubahan, penambahbaikkan, telah dilakukan pada era digital dan penginovasian. antaranya ialah;
MESIN PEMERAH MINYAK KELAPA DARA
Mesin ini dicipta dengan tujuan memudahkan kerja-kerja memerah minyak kelapa dara. Ia dicipta menggunakan barang-barang tempatan yang mudah di dapati. Direkabentuk dari hasil gabungan sains, idea, seni dan kreativiti yang tinggi. Mesin ini menjadi lebih murah, mudah dan lebih cekap berbanding mesin import yang memakan wang yang agak banyak
MESIN PERELAI JAGUNG
Mesin ini dicipta bagi merelai kernel jagung manis yang masak dari tongkolnya.
Mesin ini dapat merelai isi jagung pada kadar 6 - 10 tongkol jagung seminit, iaitu 20 kali ganda lebih cepat berbanding merelai dengan manual.
PH METER
Penanam atau Pekebun sentiasa mempunyai pelbagai jenis kit ujian tanah dan meter untuk memastikan bahawa padang, kebun sayur , taman bunga, kebun buah-buahan dan pokok-pokok sentiasa boleh disediakan dengan tanah yang optimum untuk memastikan kesihatan yang maksimum dan produktiviti. Antaranya ialah PH Meter, pH meter adalah alat ukur elektronik yang digunakan untuk mengukur kadar pH dari sebuah cairan (meskiPUN probe khusus kadang digunakan untuk mengukur kadar pH zat setengah padat). Umumnya pH meter terdiri dari probe pengukur khusus yang terhubung dengan meter elektronik yang mengukur dan menampilkan hasil pembacaan pH
