top of page

PeKerJaan

 

Pada zaman sekarang ramai yang memilih untuk mencari perkhidmatan segera atau yang sentiasa dikenali sebagai 'instant service'. hal ini kebanyakan berlaku disebabkan kekangan masa, kesibukan bekerja yang mengehadkan waktu harian atau memilih untuk menjimatkan sesuatu kos dan masa. 

 

 

PERBANKAN DALAM TALIAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perbankan dalam talian merupakan salah satu kemudahan yang ada kini, ia dapat dilakukan dengan cepat, efektif, mudah, dan dimana-mana sahaja yang kita kehendaki. melalui perbankan dalam talian ini kita dapat melakukan pelbagai urusan antaranya, pemeriksaan baki dalam akaun, menyemak status akaun, pemindahan wang ke akaun lain tanpa perlu menunggu, beratur, dan dapat mengurangkan kos bahan api untuk ke bank yang terdekat.

 

 

E-DAGANG

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Melalui akses ini pengguna dapat membeli dan menjual dalam keadaan yang mudah, cepat, efektif selain dari menjimatkan masa, kos dan dimana-mana sahaja daripada ke kedai yang sedia ada.  

 

PENCARIAN PEKERJAAN DALAM TALIAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Melalui pencarian pekerjaan dari rumah kita dapat menjimatkan masa dan mengurangkan kos bagi begerak dari suatu tempat ke suatu tempat yang lain. selain dari memudahkan kita yang sedang mencari pekerjaan ia juga amat memberi manfaat kepada syarikat-syarikat yang sedang mencari pekerja, ini kerana pihak majikan dapat menyiarkan iklan secara talian dengan kos yang murah dan menjimatkan kos pencetakan yang banyak dalam masa yang sama dapat mengurangkan pembalakan pokok berlaku untuk mendapatkan kertas-kertas yang digunakan, seterusnya pihak majikan juga dapat melenyapkan kos upah pekerja bagi mengedarkan risalah-risalah atau cetakan iklan ke satu tempat yang ditetapkan.

RSS Feed

HakCipta © 2015 Liga Remaja Sri Aman

  • Twitter Long Shadow
bottom of page