
INOVASI JALUR LEBAR –
GAYA HIDUP DIGITAL MALAYSIA

PenDiDiKan
Pada era ini hampir 99% cara pendidikan yang digunakan berkait dengan gaya digital samaada di sekolah rendah, sekolah menengah lebih-lebih lagi di institusi tinggi. Hal ini disebabkan beberapa inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia, antaranya ialah;
SECARA MAYA
(Penggunaan Internet & Komputer)
= Pembelajaran secara maya ini merupakan salah satu titik langkah yang diambil kerajaan bagi mendedahkan cara pembelajaran secara maya kepada pelajar dengan betul dan berhemah.
= Pembelajaran secara maya juga merupakan salah satu cara pembelajaran yang lebih menarik, seronok dan berkesan bagi memudahkan pelajar dalam mencari maklumat secara terus disamping dibimbing dan dibantu oleh guru-guru matapelajaran.
Penggunaan VLE Frog & Bestarinet
= VLE Frog dan Bestarinet merupakan salah satu penyediaan kerajaan untuk pelajar-pelajar dalam pembelajaran menggunakan web secara selamat dan memudahkan pelajar dan guru, guru dan ibubapa, atau pelajar dan pelajar lain berinteraksi? berkongsi informasi? membuat pertanyaan? bagi menggantikan media sosial yang telah sedia ada seperti Facebook, Twitter, Email dan lain-lain. Hal ini juga dapat membantu ibubapa dalam mengetahui sistem pembelajaran anak-anak mereka.
Penggunaan Sistem Analisis Peperiksaan (SAPS)
= Penggunaan (SAPS) kini juga salah satu cara bagi memudahkan ibubapa untuk mengetahui prestasi semasa dan kemajuan anak-anak mereka dalam peperiksaan. Selain itu, ia juga memudahkan penyimpanan data peperiksaan pelajar ketika alam persekolahan bagi tujuan rujukan pihak yang atasan atas keperluan tertentu pada masa hadapan.
PENGGUNAAN BARANGAN ELEKTRONIK/DIGITAL
= Salah satu cara untuk menerangkan informasi ringkas tentang sesuatu topik atau matapelajaran dengan berkesan adalah dengan penerangan bersama pembentangan atau beberapa bahan yang menarik yang dapat menambah pemahaman pelajar, dan ia dapat dilakukan dengan mudah, cepat dan secara terus dengan penggunaan (LCD) yang dapat membuka minda pelajar dengan melihat bahan yang disediakan semasa penerangan sedang dijalankan.




